YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jesselton University College (JUC) di pejabatnya petang tadi.
Kunjungan yang diketuai oleh YB. Senator Dato’ Dr. Arman Azha Abu Hanifah, ahli Lembaga Pengarah JUC dan diiringi oleh YBhg. Prof. Datin Dr. Noor Hamizah Hanifah, Penasihat Korporat JUC itu telah membincangkan beberapa perkara berkaitan hal ehwal akademik serta perancangan hala tuju universiti berkenaan.